TUGASAN BERDASARKAN MASALAH
OBJEKTIF
v Menerangkan takrif puasa, hukum & dalil
v Menjelaskan rukun puasa & syaratnya
v Menjelaskan konsep qada, fidyah & kifarah puasa
v Menerangkan hikmah puasa
Puasa Ramadhan merupakan khususiyyah (keistimewaan) kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Ia difardukan pada bulan Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Puasa Ramadhan adalah diambil daripada perkataan Arab iaitu saumu Ramadhan ( صَوْمُ رَمَضَان )
Pengertian puasa dari segi bahasa adalah al-Imsak ( الإِمْسَاك ) iaitu menahan diri.
Pengertian puasa dari segi istilah pula adalah; menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan solat puasa mengikut cara yang tertentu.
1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
2. Puasa Qada
3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan).
1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
2. 9 dan 10 Muharam
3. Hari isnin dan khamis
4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.
1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .
Puasa Makruh
1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja.
2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.
TAKRIF PUASA
Bahasa:
-boleh diertikan sebagai "menahan diri".
Istilah syarak:
Puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".
Syariat supaya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan
QS. Al-Baqarah Ayat 183
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
183. Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
Jenis – Jenis Puasa Sunat
1. Puasa Arafah
Iaitu puasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah RA katanya, Baginda bersabda:
Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [HR Muslim 1162]
2. Puasa 6 di bulan Syawal
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim 1164]
Puasa sunat hanya dianggap sunat apabila terdapatnya nas sama ada daripada AlQuran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut.
3. Puasa pada hari putih setiap bulan
Ia adalah pada hari yang ke-13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Pada tarikh ini bulan dalam keadaan mengambang penuh, jadi cahaya bulan akan terang benderang menerangi alam.
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, katanya:Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur. [HR Bukhari 1124 dan Muslim 721]
4. Puasa Isnin & Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadis,
daripada Aisyah R.Anha, katanya: Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis. [HR Tirmizi 745]
5. Puasa pada hari Asyura' dan Tasu'aa
Asyura’ adalah hari yang ke-10 bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadis,
daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. [HR Bukhari (1900) dan Muslim (1130)]
Jelaslah beberapa jenis puasa sunat yang sahih dalilnya di dalam sunnah Baginda Nabi dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengetahui asal-usul sesuatu amalan beserta fadhilatnya kerana Baginda Nabi ada bersabda:
Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. [HR Bukhari 107]
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
1.Islam
Tidak wajib berpuasa bagi orang kafir yang asal dan tidak perlu qada untuk tahun-tahun sebelumnya setelah dia memeluk Islam.
Namun bagi orang yang murtad, diwajibkan ke atasnya untuk qada setiap hari puasa yang ditinggalkan (semasa murtad) setelah dia bertaubat.
2.Berakal
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang gila, jika gila itu terjadi bukan disebabkan oleh perkara haram.
Tetapi jika sebaliknya seperti seseorang itu hilang akal kerana minum arak, maka wajib qada puasanya setelah dia kembali sedar.
3.Baligh
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang yang belum baligh.
Namun diwajibkan ke atas walinya untuk menyuruh anaknya berpuasa apabila berumur tujuh tahun dan memukulnya dengan niat mendidik jika enggan apabila berumur 10 tahun.
4.Berkemampuan
Tidak wajib berpuasa bagi orang yang tidak mampu sama ada:
i) Tidak mampu pada zahir seperti menghadapi kesukaran atau sakit berat yang mengharuskan tayamum.1
ii) Tidak mampu pada syarak kerana haid atau nifas. Jika seorang perempuan berhenti haid/nifas pada siang hari Ramadhan, disunatkan imsak baginya.
RUKUN
Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa.
Rukun puasa adalah seperti berikut:
- Orang yang berpuasa.
- Berniat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
1. Niat
Niat puasa biasanya diucapkan pada malam hari. Adapun bacaan niat sebagai berikut,
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هذِهِ السَّنَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: "Sahaja aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta'ala.
Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa.
2. Menahan Diri dari hal yang membatalkan puasa.
Batasan puasa dimulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Syarat Wajib Bagi Seseorang Berpuasa
1. Beragama Islam
Syarat pertama yang harus dipenuhi adalah beragama Islam. Umat Islam wajib menjalankan ibadah puasa selama bulan Ramadhan. Sebagaimana disebutkan dalam Al Quran, bahawa seruan untuk berpuasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Para ulama sepakat, orang yang tidak beragama Islam tidak diwajibkan untuk berpuasa.
2. Baligh
Syarat kedua adalah baligh. Tidak ada kewajipan bagi anak kecil yang belum baligh untuk melaksanakan puasa Ramadhan.
3. Berakal
Syarat selanjutnya adalah wajib hukumnya bagi orang yang berakal untuk melaksanakan puasa. Sesuai ijma' para ulama, orang gila adalah orang yang tidak berakal sehingga mereka tidak dikenakan kewajipan untuk berpuasa.
4. Sihat
Sihat yang dimaksudkan di sini adalah sihat secara fisikal. Orang yang sedang sakit dibenarkan untuk meninggalkan puasa tapi wajib menggantinya di hari lain setelah sudah sembuh kembali.
Penyakit yang dimaksudkan pada syarat ini adalah penyakit yang akan bertambah teruk apabila harus berpuasa atau dirisaukan sakitnya akan terlambat sembuh.
5. Mampu
Allah SWT mewajibkan puasa bagi orang yang mampu melakukannya. Orang tua yang sudah lemah yang tidak larat untuk berpuasa maka boleh meninggalkannya.
Namun, wajib menggantinya dengan membayar fidyah sebagaimana firman-Nya dalam Q.S Al-Baqarah ayat 184.
QS. Al-Baqarah Ayat 184
اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
184. (Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
6. Tidak Bermusafir (Mukim)
Orang yang bermusafir boleh meninggalkan puasa tapi wajib baginya untuk mengganti di hari yang lain sejumlah puasa yang ditinggalkan.
https://www.youtube.com/watch?v=ox3eIjHxXjQ.
7. Suci dari haid dan nifas
Menurut ijma' para ulama, wanita yang sedang haid dan nifas tidak diwajibkan untuk berpuasa. Bahkan haram hukumnya apabila mereka menjalankan puasa.
SYARAT SAH PUASA
1.Islam,Yakni Islam pada ketika itu. Orang yang murtad tidak sah puasanya.
2.Berakal,Berakal adalah seseorang yang telah mumayyiz, walaupun belum baligh.
3.Suci Daripada Haid, Nifas dan Wiladah (Bersalin),Iaitu suci daripada haid, nifas dan wiladah sepanjang siang hari.Termasuk juga dalam hukum ini keluar ketulan daging atau darah yang berasal daripada janin atau bersalin dalam keadaan kering.
4.Hari Yang Dibolehkan Berpuasa,Yakni tidak berpuasa pada hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
- Dua hari raya Islam (Aidilfitri dan Aidiladha)
- Hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah)
- Hari syak3 kecuali berpuasa dengan niat qada, nazar dan puasa sunat yang dilakukan secara adat.
- Separuh kedua daripada Bulan Syaaban iaitu 16 Syaaban dan ke atas. Namun diharuskan berpuasa padanya jika puasa tersebut disambung dari hari ke-15 atau ia adalah puasa qada, nazar atau puasa sunat yang dilakukan secara adat.
5.Tidak Pengsan Sepanjang Hari,Yakni, tidak pengsan sebelum terbit fajar sehingga terbenam matahari.Bagi orang yang pengsan, wajib ke atasnya menggantikan puasa yang ditinggalkan sepanjang tempoh pengsan tersebut setelah dirinya kembali sedar.Jika orang yang pengsan itu sedar walaupun seketika pada siang hari puasa, maka sah puasanya sekiranya dia telah berniat pada malam hari.Hukum orang yang mabuk sama sebagaimana orang yang pengsan.Namun berdosa jika dia mabuk dengan sebab yang haram seperti minum arak.
KAJIAN SAINS TENTANG PUASA
TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN
HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN
ISLAM BAGI PUASA
Pemahaman Sains Menurut Pandangan Islam Sebagai umat Islam, kita seharusnya mempercayai bahawa antara ciri utama yang terkandung dalam konsep Tasawwur Islam dalam memberikan gambaran tepat mengenainya ialah sifat Syumul yakni komprehensif yang dimiliki oleh agama Islam. Salah faham sering berlaku apabila ramai manusia zaman kini yang cuba memisahkan agama daripada agenda kehidupan seharian dan menganggap bahawa Islam hanya agama beribadah dan tidak sesuai bagi tujuan lain. Tanggapan tersebut amatlah salah sama sekali kerana mengikut prinsip Akidah Islamiyyah, kita wajiblah mempercayai bahawa setiap bentuk perlakuan insan samada berbentuk pekerjaan duniawi mahupun ibadah ukhrawiyyah, kesemuanya perlu bersandarkan kepada dalil-dalil syarak yang menyokong akan perkara tersebut. Hal ini adalah merangkumi perbicaraan tentang ilmu sains yang mana telah dinukil dan diperbahaskan melalui sumber-sumber utama hukum syarak. Antara bukti-bukti Islam menerima dan mendahului penemuan sains dalam dunia kontemporari kini.
SAINS DALAM ALQURAN
Sebagai mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada RasulNya, kitab suci al-Quran sentiasa mendahului pemikiran manusia kerana ianya adalah merupakan wahyu Allah SWT yang tiada keraguan dan tidak terjangkau oleh akal makhluk. Perbincangan 3 dalam ayat-ayat suci al-Quran tidak hanya terbatas kepada anggapan sempit sesetengah pihak seperti hanya terkandung padanya perintah ibadah, larangan maksiat, Sirah alNabawiyyah, bahkah ianya mengandungi apa yang disebut oleh ulama sebagai maklumat, “indicator” yakni petunjuk atau “hint” yakni isyarat mengenai perkara-perkara yang menjadi bidang tumpuan kajian sains. Umpamanya adalah (Sulaiman Noordin,1995:2):
# Cap jari tangan sebagai alamat pengenalan manusia
# Penciptaan planet Bumi dan Langit
# Bahawa planet Bumi ini berbentuk sfera kebulatan dan beredar di atas paksinya
# Bahawa planet Bumi beredar mengelilingi matahari
# Penciptaan manusia yang berpasangan dan berlainan jantina
Menurut para ilmuan agama dan sains, ayat di atas memberi petunjuk tentang suatu proses yang wujud dalam teori sains yang membelah bagi (Fataqa) yakni daripada unsur jirim yang satu iaitu (Rataqa), yang mana pada awal penciptaan alam cakerawala, langit dan bumi adalah berpadu kuat dan dipisahkan antara satu sama lain atas kudrat Allah SWT melalui suatu proses yang menyerupai letupan. Dan daripada unsur air maka terjadilah sumber bagi hidupan-hidupan di alam semesta ini.(Sulaiman Noordin, 1993:32). Di samping itu juga, salah satu penemuan ahli sains Barat dalam menyebut tentang Teori Ledakan Besar yang digambarkan oleh melalui “Model Einstein”, iaitu melalui teori ini menyatakan tentang keadaan akhir zaman semua bahan-bahan di alam semesta akan balik kepada satu pusat yang sama bernama lubang hitam (black hole). Intipati Al-Quran terlebih dahulu telah menemukan teori tersebut apabila telah disebut dalam ayat suci al-Quran dalam menggambarkan keadaan langit pada Hari Kiamat:
“(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung surat catitan”
(al-aAnbiya’,21:104)
Qadr
Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ
Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”[4]
Sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, dia telah berdosa dan wajib mengqadha’nya (menggantikannya) sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنِ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ الْقَضَاءُ
Maksudnya: “Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah mengqadha’nya”[5]
Hal ini kerana mereka yang meninggalkan puasa dengan keuzuran seperti sakit dan musafir pun diwajibkan ke atas mereka menggantikannya semula, maka lebih-lebih lagi lah (min bab al-Aula) bagi mereka yang sengaja berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran. Begitu juga, mereka perlu menahan diri daripada makan dan minum (selepas berbuka dengan sengaja) sehinggalah waktu berbuka serta wajib mengqadha’nya sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya.[6]
Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.
Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.
Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)
Fidyah
Sebagai umat Islam, kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya.
Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang berkaitan.
Jika hukum yang dilanggar berkait dengan ibadah puasa, maka fidyah akan dikenakan akibat meninggalkan puasa wajib sama ada kerana melewatkan puasa ganti (qadha’) atau atas sebab-sebab tertentu.
i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hukum Fidyah
Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Golongan Yang Dikenakan Fidyah
1. Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’ puasa serta bayar fidyahmengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun Tersebut
3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya Para ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qadha’ puasa.
4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan diwajibkan untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.
5. Orang Yang Meninggal Dunia Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.
Video USTAZ MUHAIZAD
https://www.youtube.com/watch?v=IReHKD-gBKk
Kifarah Puasa:
Maksud:
Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan. Di samping itu pasangan tersebut atau kedua2 suami isteri yang berjimak (bersetubuh) pada siang hari dalam bulan Ramadhan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.
Video USTAZ WADI ANUAR
https://www.youtube.com/watch?v=gb7xlRhapUw.
hadis Riwayat Bukhari
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ. قَالَ: مَا لَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِى وَأَنَا صَائِمٌ، في رواية: في رَمَضَان. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. فَمَكَثَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، فَبَيْنَمَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ، أُتِىَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفرقٍ فِيهِ تَمْرٌ. قَالَ: أيْنَ السَّائِلُ؟ فَقَالَ: أَنَا. قَالَ: خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ. فَقَالَ: الرَّجُلُ أَعَلَى أَفْقَرَ مِنِّى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، فَضَحِكَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ، ثُمَّ قَالَ: أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ
Maksudnya: “Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.”
Hadis Riwayat al-Bukhari (1834)
TIGA JENIS KIFARAH
a. Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
b. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya
c. Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.
Permasalahan Jimak Dan Kifarah
#Antara permasalahan berkaitan mendatangi isteri (jimak) adalah;
#Jika berlaku jimak itu dua hari atau lebih pada Ramadhan, ulama sepakat bahawa kifarah juga ialah dua kali kifarah atau lebih.
#Bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kifarah.
#Jika berlaku jimak dalam keadaan musafir yang diharuskan, puasa terbatal dan tidak wajib kaffarah dengan jimak itu.
#Begitu juga, jika dia menyangka matahari sudah terbenam lalu melakukan jimak sedangkan hari masih siang (belum masuk matahari), hukumnya tiada kifarah kerana dia tidak bermaksud untuk melakukan yang dilarang.
#Jika dia syak pada siang hari, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari atau sebaliknya, kemudian berlaku jimak dalam keadaan syak itu, lalu dia teringat bahawa dia sudah berniat, maka batal puasanya tetapi tidak wajib kifarah.
#Tidak wajib kifarah jika jimak itu berlaku selepas terbatal puasa oleh perkara lain seperti makan, minum dan sebagainya.
#Kifarah tidak dikenakan kepada lelaki yang berjimak di waktu siang, sekiranya dia membatalkan puasanya terlebih dahulu.
#Membatalkan puasa dengan jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.
HIKMAH PUASA WAJIB DAN SUNAT
1 Tanda syukur kepada Allah.
Mengerjakan ibadah bererti kita bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang dianugerahkan kepada kita yang tidak terhitung banyaknya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu hendak mengira nikmat Allah, kamu tidak akan dapat menghitungnya." (Surahal-Nahl 16: 18)
2 Praktik jujur dan amanah.
Larangan-larangan ketika berpuasa adalah amanah daripada Allah kepada kita. Bayangkan kita berada di tempat yang sunyi dan tidak ada seorang pun melihat. Jika diikutkan nafsu, kita boleh sahaja makan dan minum tanpa diketahui orang lain. Tetapi kita tidak melakukannya kerana yakin bahawa Allah melihat semua perbuatan kita. Maka didikan amanah inilah yang hendak kita amalkan sepanjang kehidupan.
3. Melatih diri mengawal nafsu.
Puasa mengajar kita menahan nafsu yang sering terarah kepada sifat kebinatangan yang hanya memikirkan tentang makan minum, hubungan jenis dan seumpamanya. Jika kita dapat mengendalikannya dengan betul, nafsu kita boleh naik taraf dan menjadi lebih dekat dengan malaikat. Kalau nafsu sudah bersih dan naik taraf, kita akan lebih mudah mengerjakan ibadah dengan niat lebih bersih dan ikhlas.
4. Menjaga kesihatan.
Doktor dan ahli perubatan selalu menasihatkan supaya jangan terlalu banyak mengambil makanan dan minuman kerana boleh menyebabkan penyakit.
5. Melemahkan nafsu syahwat.
Jika seseorang tidak mampu berkahwin dan bimbang terjerumus dalam perzinaan, dia disuruh berpuasa supaya gelojak nafsunya berkurangan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Wahal golongan pemuda, sesiapa antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah dia berkahwin. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana yang demikian itu dapat mengurangkan nafsunya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Belas kasihan terhadap golongan miskin.
Kita akan sedar bagaimana susahnya orang miskin yang sering menahan lapar dan dahaga bukan hanya sekadar 12 atau 14 jam, tetapi mungkin untuk dua tiga hari. Akhirnya puasa itu dapat menggerakkan hati kita untuk menolong mereka.
7. Perut Ringan, Otak Cergas.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "... Cukup bagi seorang manusia beberapa suapan untuk menegakkan tulangnya. Jika la mesti makan berlebih, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya." (Riwayat al-Tirmizi).
Luqman al-Hakim pernah menasihati anaknya: "Wahai anakku, kalau engkau penuhi perutmu, akan tidurlah fikiranmu dan akan gelap hikmah. Anggota badan akan malas dan tidak mahu beribadah." Ada seorang doktor berkata: "Satu-satu ubat yang tiada kesan sampingan ialah amalan makan apabila betul-betul lapar dan berhenti makan ketika masih menginginkannya."
Video ustaz Abdul Somad
https://www.youtube.com/watch?v=B3K418d_Phg
Video Adi Hidayat
https://www.youtube.com/watch?v=0BICPG2e81s
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
- Makan dengan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Jika terlupa, ia tidak membatalkan puasa tetapi wajib wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa.
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Keluar darah haid dan nifas.
- Gila
- Murtad
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
- Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari dalam bulan Ramadhan).
- Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
- Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
- Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
- Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya dia bekerja berat tengah panas atau sebagainya.
- Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, puasa merupakan salah satu tanggungjawab yang seseorang muslim yang merupakan rukun Islam yang ke 3. Hal ini kerana puasa telah diriwayatkan dalam Al Quran iaitu diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat seseorang wajib berpuasa. Selain itu, kita wajiblah prihatin dalam menghitung qada puasa dan membayar fidyah serta kifarah mengikut kadar yang ditetapkan kerana sesungguhnya azab Allah amatlah pedih kepada seseorang hamba yang tidak mentaati perintahNya. Akhir sekali, puasa ini memberikan seribu satu manfaat kepada diri kita sama ada rohani dan jasmani. Puasa sunat juga dapat memberikan kita peluang atau tiket untuk kita mendapat ganjaran syurga yang tertinggi. Usaha yag gigih perlu dilakukan oleh kita bagi mendapat ganjaran Allah kerana puasa ganjaran puasa wajib dan sunat yang dikumpul banyak fadhilat yang akan diperolehi.
RUJUKAN
1. ecentral 12 April 2020. Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya. Retrieved from https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/
2. Muhammad Fathi Noordin 3 Jun 2019. Adakah dikenakan kaffarah berjimak selepas sengaja membatalkan puasa dengan makan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3447-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-145-adakah-dikenakan-kaffarah-berjimak-selepas-sengaja-membatalkan-puasa-dengan-makan
3. Shafi-Q in PUASA 13 september 2011. Kifarah Puasa. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/13/kifarah-puasa/
4. Ustaz Muhaizad Official 8 September 2021. Fidyah Puasa & Solat. https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=IReHKD-gBKk
5. Shafi-Q in PUASA 14 September 2011.Puasa Qadha https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/14/puasa-qadha/
6. Jenis- jenis puasa sunat. https://sites.google.com/site/panduanpuasasunat/jenis-jenis-puasa-sunat
7.kajian sains https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-kata-sains-tentang-puasa-39005
8.
Ulasan