RUKUN PUASA & SYARATNYA
RUKUN
Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa.
Rukun puasa adalah seperti berikut:
- Orang yang berpuasa.
- Berniat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
1. Niat
Niat puasa biasanya diucapkan pada malam
hari. Adapun bacaan niat sebagai berikut,
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هذِهِ
السَّنَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: "Sahaja aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta'ala.
Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa.
2. Menahan Diri dari hal yang membatalkan
puasa.
Batasan puasa dimulai dari terbit fajar
hingga terbenamnya matahari.
Syarat Wajib Bagi Seseorang Berpuasa
1. Beragama Islam
Syarat pertama yang harus dipenuhi adalah
beragama Islam. Umat Islam wajib menjalankan ibadah puasa selama bulan
Ramadhan. Sebagaimana disebutkan dalam Al Quran, bahawa seruan untuk berpuasa
ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Para ulama sepakat, orang yang tidak
beragama Islam tidak diwajibkan untuk berpuasa.
2. Baligh
Syarat kedua adalah baligh. Tidak ada
kewajipan bagi anak kecil yang belum baligh untuk melaksanakan puasa Ramadhan.
3. Berakal
Syarat selanjutnya adalah wajib hukumnya
bagi orang yang berakal untuk melaksanakan puasa. Sesuai ijma' para ulama,
orang gila adalah orang yang tidak berakal sehingga mereka tidak dikenakan
kewajipan untuk berpuasa.
4. Sihat
Sihat yang dimaksudkan di sini adalah sihat
secara fisikal. Orang yang sedang sakit dibenarkan untuk meninggalkan puasa
tapi wajib menggantinya di hari lain setelah sudah sembuh kembali.
Penyakit yang dimaksudkan pada syarat ini
adalah penyakit yang akan bertambah teruk apabila harus berpuasa atau dirisaukan
sakitnya akan terlambat sembuh.
5. Mampu
Allah SWT mewajibkan puasa bagi orang
yang mampu melakukannya. Orang tua yang sudah lemah yang tidak larat untuk berpuasa maka boleh
meninggalkannya.
Namun, wajib menggantinya dengan membayar
fidyah sebagaimana firman-Nya dalam Q.S Al-Baqarah ayat 184.
QS. Al-Baqarah Ayat 184
اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ
عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ
يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ
خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
184. (Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka
barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa),
maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada
hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar
fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan
hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih
baik bagimu jika kamu mengetahui.
6. Tidak Bermusafir (Mukim)
Orang yang bermusafir boleh meninggalkan puasa tapi wajib baginya
untuk mengganti di hari yang lain sejumlah puasa yang ditinggalkan.
https://www.youtube.com/watch?v=ox3eIjHxXjQ.
7. Suci dari haid dan nifas
Menurut ijma' para ulama, wanita yang
sedang haid dan nifas tidak diwajibkan untuk berpuasa. Bahkan haram hukumnya
apabila mereka menjalankan puasa.
SYARAT SAH PUASA
1.Islam,Yakni Islam pada ketika itu. Orang yang murtad tidak sah puasanya.
2.Berakal,Berakal adalah seseorang yang telah mumayyiz, walaupun belum baligh.
3.Suci Daripada Haid, Nifas dan Wiladah (Bersalin),Iaitu suci daripada haid, nifas dan wiladah sepanjang siang hari.Termasuk juga dalam hukum ini keluar ketulan daging atau darah yang berasal daripada janin atau bersalin dalam keadaan kering.
4.Hari Yang Dibolehkan Berpuasa,Yakni tidak berpuasa pada hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
- Dua hari raya Islam (Aidilfitri dan Aidiladha)
- Hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah)
- Hari syak3 kecuali berpuasa dengan niat qada, nazar dan puasa sunat yang dilakukan secara adat.
- Separuh kedua daripada Bulan Syaaban iaitu 16 Syaaban dan ke atas. Namun diharuskan berpuasa padanya jika puasa tersebut disambung dari hari ke-15 atau ia adalah puasa qada, nazar atau puasa sunat yang dilakukan secara adat.
5.Tidak Pengsan Sepanjang Hari,Yakni, tidak pengsan sebelum terbit fajar sehingga terbenam matahari.Bagi orang yang pengsan, wajib ke atasnya menggantikan puasa yang ditinggalkan sepanjang tempoh pengsan tersebut setelah dirinya kembali sedar.Jika orang yang pengsan itu sedar walaupun seketika pada siang hari puasa, maka sah puasanya sekiranya dia telah berniat pada malam hari.Hukum orang yang mabuk sama sebagaimana orang yang pengsan.Namun berdosa jika dia mabuk dengan sebab yang haram seperti minum arak.
Ulasan