TAKRIF PUASA
TAKRIF PUASA
Bahasa:
-boleh diertikan sebagai "menahan diri".
Istilah syarak:
Puasa bermaksud
"menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta
niat".
Syariat supaya diwajibkan berpuasa
pada bulan Ramadhan
QS. Al-Baqarah Ayat 183
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
183. Wahai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu
agar kamu bertakwa
Jenis – Jenis Puasa Sunat
1. Puasa Arafah
Iaitu puasa pada 9 Zulhijjah bagi orang
yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah
RA katanya, Baginda bersabda:
Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [HR Muslim 1162]
2. Puasa 6 di bulan Syawal
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub
RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada
bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah
berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim 1164]
Puasa sunat hanya dianggap sunat apabila terdapatnya nas sama ada daripada AlQuran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut.
3. Puasa pada hari putih setiap bulan
Ia adalah pada hari yang ke-13,14 dan 15
setiap bulan Islam. Pada tarikh ini bulan dalam keadaan mengambang penuh, jadi
cahaya bulan akan terang benderang menerangi alam.
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu
Hurairah RA, katanya:Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu
puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat
Witir sebelum tidur. [HR Bukhari 1124 dan Muslim 721]
4. Puasa Isnin & Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari
tersebut ialah hadis,
daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis. [HR
Tirmizi 745]
5. Puasa pada hari Asyura' dan Tasu'aa
Asyura’ adalah hari yang ke-10 bulan
Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan
tersebut. Ini berdasarkan hadis,
daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’
dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. [HR Bukhari (1900) dan Muslim
(1130)]
Jelaslah beberapa jenis puasa sunat yang
sahih dalilnya di dalam sunnah Baginda Nabi dan adalah menjadi tanggungjawab
kita semua untuk mengetahui asal-usul sesuatu amalan beserta fadhilatnya kerana
Baginda Nabi ada bersabda:
Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. [HR Bukhari 107]
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
1.Islam
Tidak wajib berpuasa bagi orang kafir yang asal dan tidak perlu qada untuk tahun-tahun sebelumnya setelah dia memeluk Islam.
Namun bagi orang yang murtad, diwajibkan ke atasnya untuk qada setiap hari puasa yang ditinggalkan (semasa murtad) setelah dia bertaubat.
2.Berakal
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang gila, jika gila itu terjadi bukan disebabkan oleh perkara haram.
Tetapi jika sebaliknya seperti seseorang itu hilang akal kerana minum arak, maka wajib qada puasanya setelah dia kembali sedar.
3.Baligh
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang yang belum baligh.
Namun diwajibkan ke atas walinya untuk menyuruh anaknya berpuasa apabila berumur tujuh tahun dan memukulnya dengan niat mendidik jika enggan apabila berumur 10 tahun.
4.Berkemampuan
Tidak wajib berpuasa bagi orang yang tidak mampu sama ada:
i) Tidak mampu pada zahir seperti menghadapi kesukaran atau sakit berat yang mengharuskan tayamum.1
ii) Tidak mampu pada syarak kerana haid atau nifas. Jika seorang perempuan berhenti haid/nifas pada siang hari Ramadhan, disunatkan imsak baginya.
Ulasan