E-folio

 E-FOLIO


PENGENALAN

RINGKASAN INOVASI

Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas mereka bentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses mereka bentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.Kajian yang kami lakukan adalah dianalisi dengan menambah baik ciptaan sedia ada iaitu memasukkan ciri-ciri yang dapat mengatasi masalah di tempat kerja dan pasar raya yang luas supaya tenaga kerja manusia dapat dikurangkan dan dipermudahkan.Hal ini kerana kami telah megkaji dan melakar luaran dan dalaman robot yang menggunakan ultrasonic bagi pengerakan robot yang menggunakan soil atau wet sensor bagi mengesan kelambapan dan air di permukaan lantai ataupun di sesuatu tempat.Kami juga menggunakan DC motor untuk proses mengelap air dan juga kain.Oleh itu,kami ingin mencipta robot yang diilhamkan dari dua gabungan teknologi iaitu autoscrubber dan roomba yang menggunakan ESP32 sebagai mirocontroller kepada smart robot ini.Robot ini mempunyai kelebihan dari segi proses pengelapan yang menggunakan dc motor dan pengelapan plastik bersalutkan kain microfibre yang sangat mudah menyerap air.Selain itu,proses pengelapan dapat dilakukan di celah-celahan kawasan yang sempit.


CIRI CIRI ISTIMEWA INOVASI 

Sensor Ultrasonic = Ia dapat mengesan halangan pada jarak yang telah ditetapkan. Ini

                                     bertujuan  untuk mengelakkan perlanggaran robot dengan 

seperti dinding atau manusia

Moisture sensor = Salah satu alat pengesan kehadiran air pada permukaaan lantai 

                        LCD = Berfungsi memaparkan data dalam bentuk karakater atau huruf  

                                    contohnya ia akan memaparkan “Robot ON, Wet Detected” sekiranya 

                    air dikesan pada moisture sensor 

                Buzzer =     Mengeluarkan bunyi selama 3 saat apabila terdapatnya halangan 

                                   dihadapan smart robotic cleaner

              LED      =     Ia akan mengeluarkan cahaya biru bagi memberi tanda kepada manusia 

                                  Bahawa terdapatnya halangan dan ia akan diaktifkan serentak dengan 

                                  buzzer 

DC motor pengelap   =  Dapat melakukan proses pengelapan secara berputar (360⁰). 

                                          Konsep pengelapan berputar ini dapat mempercepatkan proses 

                                           pengelapan (air mudah dikeringkan)

Microfibre towel = Kain yang dapat menyerap air dengan banyak dan ia mudah 

                                    dicuci dan dikeringkan.


KAMI MEMILIH JENIS MEKANIKAL KERANA:

-Sumbangan kejuruteraan mekanikal Islam amat berpotensi.Walaubagaimanapun, penelitian berkenaannya tidak dicatat dengan rapi dan terperinci.

-Semua kemajuan dalam dunia astronomi, geografi,pelayaran,perubatan, matematik, kesenian dan reka bentuk yang dihasil oleh sarjana moden barat sekarang adalah hasil adaptasi dan ciplak dari hasil penemuan asal yang digali dari al-Quran oleh ilmuwan Islam dahulu.Tetapi apabila berlaku zaman kegelapan dalam tamadun Islam,banyak fakta ilmuan Islam dan penghasilan mereka diselewengkan dan Eropah mengambil kesempatan ini dengan mengusai ilmu tersebut serta menyebarkannya secara meluas.

-Sarjana-sarjana Islam menamakan bidang pengajian Ilmu mekanik(mekanikal) ini sebagai 'Ilm al- Hiyal dan telah melahirkan tokoh terkenal yang bernama Badi' al-Zaman Ismail Ibn Razzazz Abul "Izz al-Jazari.

-Mekanisme operasi beberapa peranti mekanik rekaan beliau adalah seperti jam air gajah.Teknologi mendapatkan tenaga dari udara dan kincir udara telah dipelopoli juga oleh Islam pada kurun ke-7 Masihi. Kincir digunakan untuk mengepam air bagi kegunaan pertanian.


GAMBAR,VIDEO,DAN JADUAL

SMART ROBOTIC CLEANER & WET DETECTOR

Alat pengelap air yang digunakan
Reka bentuk teknologi.
Ukuran yang dibuat
Sensor yang mengesan air dari bawah robot
LCD yang akan menunjukkan on/off robot dan Ukuran yang dibina
Sensor yang digunapakai
Jenis-jenis cable yang disambung


VIDEO

CARA-CARA BERGERAK DAN MENGESAN BAHAYA DI HADAPAN.

CARA-CARA ROBOT INI MENJALANKAN TUGASNYA.




JADUAL PEGENDALIAN LITAR MANUAL DALAM CODING.


              

 CONTOH CODING YANG DIGUNAKAN DALAM PROJEK INI



LAKARAN



Template ini amat penting untuk menerangkan tentang kelebihan,kebaikkan robot serta kepentingan yang boleh diguna kepada kejuruteraan islam pada masa kini.

ISI DAN KETERANGAN

PRINSIP SYARIAH INOVASI

1) WASATIAH (keserderhanaan)   

 Smart robotic merupakan pilihan yang terbaik bagi semua golongan masyarakat dalam menyelesaikan masalah isu tumpahan air di lantai sama ada dirumah atau pejabat dan pasar raya. Projek ini juga dapat membantu dengan lebih efisien tanpa mengeluarkan modal yang tinggi. Robot ini juga tidak menggunakan sumber tenaga elektrik yang tinggi dan mahal. Hal ini dapat mengelakkan dari pembaziran sumber tenaga yang tidak dapat diperharui kerana ianya hanya menggunakan sel kering untuk beroperasi. Sifat kesederhanaan robot ini dapat dinilai pada setiap komponen yang digunakan iaitu komponen yang ada hanya dibeli dalam pembelian online yang telah dipromosikan.

    


 Kesimulannya  Islam datang untuk memperkenalkan manhaj pertengahan dalam semua perkara bagi menjamin kebaikan dan kemaslahatan umat manusia.Syariat Islam memperkenalkan kesederhanaan dan pertengahan dan keseimbangan tanpa adanya unsur-unsur ekstrem.


2) TAWAZUN ( Keseimbangan )

     Prinsip tawazun dapat dilihat pada smart robot ini. Buktinya, robot ini merupakan robot pembersihan dan penyucian yang memetingkan kebersihan. Hal ini bertepatan dengan agama Islam iaitu kebersihan adalah separuh daripada iman dan agama islam sangat menuntut orang islam dalam menjaga kebersihan kerana menjaga kebersihan juga mendapat pahala. Kelebihan robot ini dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat. Tidak lupa juga robotic cleaner dapat memberi manfaat dari sudut akhirat iaitu dapat menyelamatkan nyawa manusia dan menjaga kebersihan menurut syariat islam.sesungguhnya,dunia sumber pendapatan yang luas dan boleh jualbeli.

 

وَالسَّماءَ رَفَعَها وَوَضَعَ الْمِيزانَ () أَلاَّ تَطْغَوْا فِي الْمِيزانِ () وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلا تُخْسِرُوا الْمِيزانَ

 wa al-samaa‘a rafa’ahaa wa wadha’a al-miizaan. anlaa tathghaw fii al-miizaan. wa aqiimuu al-wazna bi al-qisthi wa laa tukhsiruu al-miizaan.

Artinya:“Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan. Agar kamu jangan merusak keseimbangan itu. dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.” (QS: Al-Rahman Ayat 7-9)

 

Sebagai kesimpulan, konsep Al-Tawazun itu ada di dalam Islam. Dapat kita fahami bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya untuk seimbangkan kehidupan mereka antara kehidupan dunia dan di akhirat.



PERANAN SYARIAH INOVASI

1) MEMELIHARA AGAMA

     Penghasilan projek ini memelihara nilai agama kerana ia tidak bercanggah dengan hukum islam dan tidak becanggah dengan Islam bahkan digalakkan oleh agama kerana teknologi baharu amat disarankan oleh islam untuk menjadikan umat yang berpikiran tinggi. Pembinaan robot ini yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatan menjadikan manusia lebih sedar akan keagungan Allah Swt yang mengurniakan akal fikiran kepada manusia ini untuk berfikiran supaya dapat memberi seribu satu manfaat kepada manusia sejagat. Kesimpulannya sebagai khalifah dimuka bumi ini, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan.


2)  MEMELIHARA MARUAH

 Memelihara maruah merupakan perkara utama dalam peranan Syariah dan ia juga diambilkira dalam pembinaan smart robotic ini. Kajian pembinaan robot ini tidak membelangkangkan maruah yang boleh mengundang kerosakan dan malapetaka yang besar seperti kerosakan terhadap alam, harta benda dan hubungan antara manusia dan hal ini amat dituntut kerana kita dapat menjaga imej sebagai orang islam. Hasil pembuatan ini menjadi lessen untuk memartabatkan agama Islam bahawa islam juga mengutamakan kebersihan kerana barulah maruah umat  islam di muka bumi ini tidak tercemar dan tidak dipandang hina oleh orag bukan islam serta di mata dunia supaya menjadi dakwah Islam supaya tidak menjadi salah satu faktor yang boleh menjatuhkan maruah umat islam di dunia ini.




PELAKSANAAN SYARIAH INOVASI

1) PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARIAT

Teknologi yang dilakukan mengutamakan nilai keagaaman iaitu ia dapat membangunkan alam dengan mencipta teknologi yang menggunakan kecerdasan buatan. Membuat kajian dan membina root ini adalah harus dari segi syarak kerana dapat membantu kehidupan manusia dan menjaga nyawa manusia. Selain itu, pemeliharan alam dititikberatkan dalam penghasilan smart robotic ini. Buktinya, robot ini tidak menggunakan bahan yang dapat merosakkan alam iaitu tidak menggunakan bahan bakar sebagai sumber tenaga. Kesimpulannya ia dapat meminimumkan kemudaratan pada alam dan boleh menyumbangkan kebaikan pada alam ini. 



2) MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

      Mencegah lebih baik daripada mengubati merupakan perkataan yang sesuai bagi fungsi smart robotic iaitu dapat melakukan proses pengelapan yang efektif secara berputar. Apabila kehadiran air dikesan maka robot ini dapat mengelap air tersebu sehingga kering. Hal ini dapat mengelakkan kemalangan akibat tergelincir. Selain itu, robot ini juga dapat mengesan halangan iaitu ia dapat menmbahkan kepekaan manusia. Contohnya, bunyi akan aktif apabila seseorang itu menghampiri robot. Oleh itu robot ini merupakan teknologi yang diperlukan pada masa kini dan amat penting kepada manusia untuk menjaga nyawa sesama manusia. 




PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA INOVASI

1) MENGHASILKAN PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KESELESAAN MANUSIA

Berdasarkan tajuk di atas, smart robotic cleaner ini merupakan strategi yang konprihensif perlu dijayakan bagi membantu menaik tarafkan hidup masyarakat supaya lebih bertamadun dari aspek kebersihan. Ini bermakna pengaplikasian projek ini juga menjadi lonjakan kepada kemajuan negara pada peringkat seterusnya. Seterusya, teknologi tinggi ini mampu memberikan keselesaan kepada penggunanya kerana manusia tidak menggunakan sebarang tenaga untuk melakukan proses pengelapan akan tetapi ini tidak boleh dijadikan sebab untuk manusia alpa dan tidak mementingkan kebersihan. Malah manusia perlu mengambil iktibar dan melakukan kerja yang bermanfaat iaitu menjauhi sifat malas.

 

2) MENGGUNAKAN SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PENINGKATAN KUALITI

Rekaan smart robotic ini bukanlah semata mata untuk tujuan komersial atau profit. Hal ini dapat dilihat melalui kos penggunaan bahan yang menggunakan perspek dan bukannya logam aluminium yang bernilai tinggi. Tambahan pula, matlamat utama projek ini dapat meningkatkan daya fikiran manusia terutama umat Islam dan sekali gus dapat menghindari dari kelicinan di tempat awam mahupun di rumah. Projek ini dpat meningkatkan kualiti melalui penggunaa sel kering yang dapat dicas semula bagi menggantikan bahan api atau sel kering yang pakai buang. Sel kering yan dapat dicas semula mampu mengurangkan pembuangan bahan kimia yang dapat menyelamatkan bumi daripada dicemari dengan kesan-kesan kimia yang tidak dapat dilupuskan. Kesimpulannya, kerosakan dunia tidak akan berlaku sekiranya smart robotic ini menjadi salah satu pilih utama bagi pengguna untuk memenuhi keperluan kebersihan sama ada di rumah mahupun di pejabat. 


KAEDAH FIQH INOVASI

1)SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA

Penghasilan projek smart robotic ini juga adalah sesuatu binaan yang mempunyai tujuan yang baik kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian.Smart robotic ini juga boleh diklasifikasikan sebagai ibadat kerana ia adalah suatu binaan yang memberi kebaikan serta keselamatan dalam setiap golongan masyarakat

RASULULLAH Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.
(Riwayat Ibn Hibban)[1]
SEKILAS PENJELASAN

Dalam hadits atas, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan bahawa kita boleh menjadi orang yang terbaik di mata Allah Subhanahuwata‘ala mahupun di mata manusia dengan cara banyak memberikan kemanfaatan kepada orang lain. Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah Subhanahuwata‘ala mahupun di sisi manusia.


 Kesimpulan untuk usul fiqh ini ialah:

 Seorang muslim hendaklah bersungguh-sungguh menyediakan bekalan harta dengan bekerja, bekalan tenaga dan fikiran dengan memelihara kesihatan dan mengasah fikiran, serta bekalan waktu dengan cara memanfaatkan waktu sebaik-baiknya. Apabila cukup bekalan maka mudahlah baginya untuk memberi manfaat kepada orang lain. Kata-kata hikmah:

Seseorang yang tidak mempunyai sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu.


2)KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN 

Masaqqah merupakan kesukaran yang dapat ditujukan kepada manusia normal yang kurang upaya iaitu menjadi asbab terhadap kekurangan seseorang individu. Kesukaran bagi mereka untuk melakukan proses pembersihan amat dititikberatkan dalam mencipta smart robotic cleaner ini. Contohnya, dengan adanya smart robotic cleaner ini orang OKU tidak lagi bersusah payah untuk mengelap air yang ataupun sebarang cecair yang tertumpah terutamaya bagi wanita suri rumah yang kerap menggunakan dapur. Proses penyucian dapur mampu dilakukan oleh smart robotic pada kadar yang segera. Oleh itu, ciptaan ini dapat meringankan beban bagi manusia terutamanya bagi orang kurang upaya untuk membersihkan rumah dan keselematan mereka juga akan turut terjamin. 


Dalil yang menjadi rujukan untuk kaedah ini dalah firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185. 

يُرِيْدُ اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ۖ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

Maksudnya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.





KESIMPULAN 
Pengakhiran kata, Kegunaan smart robotic ini penting kerana ia dapat memudahkan kerja penyucian dan dapat mengatasi kemalangan di tempat kerja atau pasar raya yang disebabkan licin dan penuh dengan air di permukaannya,Tidak dapat dinafikan lagi kerana proses pengelapan secara berputar dapat melakukan proses penyucian yang efektif berbanding pengelapan secara static dan  amaran yang menggunakan led & buzzer dapat memberi kepekaan kepada manusia dimana dapat mengurangkan kemalangan antara manusia dan robot.Sesungguhnya ciptaan Allah indah-indah belaka dan semua perkara di dunia mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri kerana islam menerima teknologi yang memberi manfaat kepada pengguna yang memakainya. Selain itu, Islam adalah agama yang benar, sebagai seorang muslim kita mestilah patuh ajaran islam dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup supaya tidak terpesong jauh kepada lembah kemungkaran,Dengan itu, Islam menerima teknologi yang memberi manfaat kepada pengguna tetapi jangan menyalahgunakannya. Hal ini demikian, Islam juga menolak teknologi yang membawa kerosakan dan memberi mudarat kepada manusia.Seterusnya, , Akhir sekali, kita dapat mendidik anak muda supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif dalam mecipta sesuatu teknologi yang lebih canggih dari semasa ke semasa.oleh itu,setiap manusia perlulah meningkatkan dan membaik pulih teknologi dalam Islam supaya dapat memajukan ekonomi Islam pada masa hadapan.




SENARAI RUJUKAN

1.https://www.slideshare.net/HamedSaharani/sumbangan-islam-dalam-bidang-kejuruteraan
2.https://anyflip.com/sjzzh/xetf/basic
3.buku yang dibaca di perpustakaan bertajuk 'MECHANICAL ENGINEERING'
4.https://youtu.be/AKrNz-vuoH8
5.https://islamsainsdanteknologiblog.blogspot.com/2017/03/tokoh-islam
6.http://giantsofscience.weebly.com/
7.https://books.google.com.my/books?id=3JhuAAAAMAAJ&q
8.https://m.merdeka.com/quran/al-baqarah/ayat-185
9.http://6kcrew.blogspot.com/2018/08/1.html

Ulasan