OBJEKTIF
OBJEKTIF
v Menerangkan takrif puasa, hukum & dalil
v Menjelaskan rukun puasa & syaratnya
v Menjelaskan konsep qada, fidyah & kifarah puasa
v Menerangkan hikmah puasa
❤️PENGENALAN❤️
Puasa Ramadhan merupakan khususiyyah (keistimewaan) kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Ia difardukan pada bulan Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Puasa Ramadhan adalah diambil daripada perkataan Arab iaitu saumu Ramadhan ( صَوْمُ رَمَضَان )
Pengertian puasa dari segi bahasa adalah al-Imsak ( الإِمْسَاك ) iaitu menahan diri.
Pengertian puasa dari segi istilah pula adalah; menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan solat puasa mengikut cara yang tertentu.
🧡MAKSUD PUASA🧡
Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Hukum puasa Ramadan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.
💛JENIS-JENIS PUASA💛
Puasa Wajib
1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
2. Puasa Qada
3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan).
1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
2. Puasa Qada
3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan).
Puasa Sunat
1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
2. 9 dan 10 Muharam
3. Hari isnin dan khamis
4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.

Puasa Haram
1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .
Puasa Makruh
1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja.
2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.

Ulasan