QARD,FIDYAH&KIFARAH
Qadr
Puasa
Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada
disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib
digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ
الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ
Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi
orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak,
Allah meringankan puasanya sahaja.”[4]
Sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang
keuzuran, dia telah berdosa dan wajib mengqadha’nya (menggantikannya)
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:
مَنِ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ الْقَضَاءُ
Maksudnya: “Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah
mengqadha’nya”[5]
Hal ini kerana mereka yang meninggalkan puasa dengan keuzuran
seperti sakit dan musafir pun diwajibkan ke atas mereka menggantikannya semula,
maka lebih-lebih lagi lah (min bab al-Aula) bagi mereka yang sengaja berbuka
puasa tanpa sebarang keuzuran. Begitu juga, mereka perlu menahan diri daripada
makan dan minum (selepas berbuka dengan sengaja) sehinggalah waktu berbuka
serta wajib mengqadha’nya sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya.[6]
Puasa
ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama
ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak
mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak
wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir. begitu juga
seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan
masa belum baligh dsb.
Wajib
menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukan puasa
sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.
Puasa
qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan
berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha
puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari
Raya Aidil Fitri)
Fidyah
Sebagai umat Islam, kita perlulah ketahui cara
bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya.
Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang
telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang
berkaitan.
Jika hukum yang dilanggar berkait dengan ibadah
puasa, maka fidyah akan dikenakan akibat meninggalkan puasa wajib sama ada
kerana melewatkan puasa ganti (qadha’)
atau atas sebab-sebab tertentu.
i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ
سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ
طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ
تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari
yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,
(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang
dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak
terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi
makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah
al-Baqarah: 184)
ii)
Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai
puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang
ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hukum Fidyah
Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia
perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan
menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Golongan Yang Dikenakan Fidyah
1. Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’ puasa serta bayar fidyahmengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun Tersebut
3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya Para ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qadha’ puasa.
4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan diwajibkan untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.
5. Orang Yang Meninggal Dunia Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.
Video USTAZ MUHAIZAD
https://www.youtube.com/watch?v=IReHKD-gBKk
Kifarah Puasa:
Maksud:
Kifarah puasa ialah denda yang hanya
dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya dengan melakukan
persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan. Di samping itu pasangan
tersebut atau kedua2 suami isteri yang berjimak (bersetubuh) pada siang hari
dalam bulan Ramadhan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang
terbatal.
Video USTAZ WADI ANUAR
https://www.youtube.com/watch?v=gb7xlRhapUw.
hadis Riwayat Bukhari
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ. قَالَ: مَا لَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِى
وَأَنَا صَائِمٌ، في رواية: في رَمَضَان. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ
تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ
تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. فَمَكَثَ النَّبِىُّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، فَبَيْنَمَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ، أُتِىَ النَّبِىُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفرقٍ فِيهِ تَمْرٌ. قَالَ: أيْنَ السَّائِلُ؟
فَقَالَ: أَنَا. قَالَ: خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ. فَقَالَ: الرَّجُلُ أَعَلَى
أَفْقَرَ مِنِّى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ
بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، فَضَحِكَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ، ثُمَّ قَالَ: أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ
Maksudnya: “Ketika kami duduk di samping
Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah!
Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi
isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan
Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk
dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa
dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu
memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika.
Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di
manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda
lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada
orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada
keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah
ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan
tamar itu kepada keluargamu.”
Hadis Riwayat al-Bukhari (1834)
TIGA JENIS KIFARAH
a.
Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
b.
Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya
c.
Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.
Permasalahan Jimak Dan Kifarah
#Antara permasalahan berkaitan mendatangi isteri (jimak) adalah;
#Jika berlaku jimak itu dua hari atau lebih pada Ramadhan, ulama sepakat bahawa kifarah juga ialah dua kali kifarah atau lebih.
#Bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kifarah.
#Jika berlaku jimak dalam keadaan musafir yang diharuskan, puasa terbatal dan tidak wajib kaffarah dengan jimak itu.
#Begitu juga, jika dia menyangka matahari sudah terbenam lalu melakukan jimak sedangkan hari masih siang (belum masuk matahari), hukumnya tiada kifarah kerana dia tidak bermaksud untuk melakukan yang dilarang.
#Jika dia syak pada siang hari, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari atau sebaliknya, kemudian berlaku jimak dalam keadaan syak itu, lalu dia teringat bahawa dia sudah berniat, maka batal puasanya tetapi tidak wajib kifarah.
#Tidak wajib kifarah jika jimak itu berlaku selepas terbatal puasa oleh perkara lain seperti makan, minum dan sebagainya.
#Kifarah tidak dikenakan kepada lelaki yang berjimak di waktu siang, sekiranya dia membatalkan puasanya terlebih dahulu.
#Membatalkan puasa dengan jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.
Ulasan