Catatan

RUJUKAN

  RUJUKAN  1.     ecentral 12 April 2020. Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya. Retrieved from https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/ 2.     Muhammad Fathi Noordin 3 Jun 2019. Adakah dikenakan kaffarah berjimak selepas sengaja membatalkan puasa dengan makan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3447-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-145-adakah-dikenakan-kaffarah-berjimak-selepas-sengaja-membatalkan-puasa-dengan-makan 3.     Shafi-Q in PUASA 13 september 2011. Kifarah Puasa. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/13/kifarah-puasa/ 4.     Ustaz Muhaizad Official 8 September 2021. Fidyah Puasa & Solat. https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=IReHKD-gBKk 5.       Shafi-Q in PUASA 14 September 2011.Puasa Qadha https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/14/puasa-qadha/ 6.     Jenis- jenis puasa sunat. https://site...

KESIMPULAN

  KESIMPULAN    Kesimpulannya, puasa merupakan salah satu tanggungjawab yang seseorang muslim yang merupakan  rukun Islam yang ke 3. Hal ini kerana puasa telah diriwayatkan dalam Al Quran iaitu diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat seseorang wajib berpuasa. Selain itu, kita wajiblah prihatin dalam menghitung qada puasa dan membayar fidyah serta kifarah mengikut kadar yang ditetapkan kerana sesungguhnya azab Allah amatlah pedih kepada seseorang hamba yang tidak mentaati perintahNya. Akhir sekali, puasa ini memberikan seribu satu manfaat kepada diri kita sama ada rohani dan jasmani. Puasa sunat juga dapat memberikan kita peluang atau tiket untuk kita mendapat ganjaran syurga yang tertinggi. Usaha yag gigih perlu dilakukan oleh kita bagi mendapat ganjaran Allah kerana puasa ganjaran puasa wajib dan sunat yang dikumpul banyak fadhilat yang akan diperolehi.

HIKMAH PUASA WAJIB&SUNAT

Imej
HIKMAH PUASA WAJIB DAN SUNAT 1 Tanda syukur kepada Allah. Mengerjakan ibadah bererti kita bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang dianugerahkan kepada kita yang tidak terhitung banyaknya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu hendak mengira nikmat Allah, kamu tidak akan dapat menghitungnya." (Surahal-Nahl 16: 18)   2 Praktik jujur dan amanah. Larangan-larangan ketika berpuasa adalah amanah daripada Allah kepada kita. Bayangkan kita berada di tempat yang sunyi dan tidak ada seorang pun melihat. Jika diikutkan nafsu, kita boleh sahaja makan dan minum tanpa diketahui orang lain. Tetapi kita tidak melakukannya kerana yakin bahawa Allah melihat semua perbuatan kita. Maka didikan amanah inilah yang hendak kita amalkan sepanjang kehidupan.   3. Melatih diri mengawal nafsu. Puasa mengajar kita menahan nafsu yang sering terarah kepada sifat kebinatangan yang hanya memikirkan tentang makan minum, hubungan jenis dan seumpamanya. Jika kita dapat mengendalikannya dengan betul, n...

QARD,FIDYAH&KIFARAH

Imej
     Qadr Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.   إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”[4] Sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, dia telah berdosa dan wajib mengqadha’nya (menggantikannya) sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:   مَنِ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ الْقَضَاءُ Maksudnya: “Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah mengqadha’nya”[5] Hal ini kerana mereka yang meninggalkan puasa dengan keuzuran seperti sakit dan musafir pun diwajibkan ke atas mereka m...

RUKUN PUASA & SYARATNYA

Imej
  RUKUN Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa. Rukun puasa adalah seperti berikut: Orang yang berpuasa. Berniat Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari. 1. Niat Niat puasa biasanya diucapkan pada malam hari. Adapun bacaan niat sebagai berikut,   نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هذِهِ السَّنَةِ لِلهِ تَعَالَى Maksudnya: "Sahaja aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta'ala. Rukun bermaksud perkara atau sesuatu yang mesti wujud atau ditempuhi semasa melakukan ibadah puasa. 2. Menahan Diri dari hal yang membatalkan puasa. Batasan puasa dimulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.   Syarat Wajib Bagi Seseorang Berpuasa 1. Beragama Islam Syarat pertama yang harus dipenuhi adalah beragama Islam. Umat Islam wajib menjalankan ibadah puasa selama bulan Ramadh...

TAKRIF PUASA

Imej
TAKRIF PUASA Bahasa: -boleh diertikan sebagai "menahan diri". Istilah syarak: Puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".   Syariat supaya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan   QS. Al-Baqarah Ayat 183   يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ 183. Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa   Jenis – Jenis Puasa Sunat 1. Puasa Arafah Iaitu puasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah RA katanya, Baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [HR Muslim 1162] 2. Puasa 6 di bulan Syawal Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda: Maks...